suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tao (EXO) Kalah Tuntutan Saman Terhadap Syarikat Pengurusan

Bekas anggota kumpulan EXO iaitu Tao kalah dalam tuntutan saman terhadap syarikat SM Entertainment.

BEKAS anggota kumpulan EXO iaitu Tao gagal dalam tuntutannya untuk membatalkan kontrak eksklusif daripada syarikat pengurusannya, SM Entertainment.

Tao dalam tuntutannya memberitahu dia ingin dilepaskan daripada kontrak itu kerana ia bersifat tidak adil dan berat sebelah.

Bagaimanapun SM Entertainment dalam pembelaannya menyatakan kontrak itu tidak mempunyai masalah malah ia telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Sebelum ini hakim mencadangkan agar Tao dan SM Entertainment menyelesaikan kes itu di luar mahkamah namun menemui jalan buntu.

Mereka berterusan membangkitkan isu kontrak tersebut termasuk soal pembahagian keuntungan dan dakwaan diskriminasi terhadap Tao.

Tao meninggalkan kumpulan EXO pada April 2015 dan meneruskan karier seninya di China sebelum memfailkan saman terhadap SM Entertainment.

Tao, EXO, SM Entertainment

Artikel Lain