suria

Kim Heechul (Super Junior) Terlibat Kemalangan Kereta

ANGGOTA kumpulan Super Junior iaitu Kim Heechul dilaporkan terlibat dalam kemalangan kereta ketika dalam perjalanan ke lokasi pengambaran filem Ask Us Anything.

Bagaimanapun menurut sumber seperti yang dilaporkan soompi.com, penyanyi itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Ia adalah kemalangan kecil. Selepas insiden, pengurus Kim Heechul terpaksa menunggu di tempat kejadian untuk menguruskan hal-hal berkaitan sementara penyanyi itu bergegas ke lokasi pengambaran," kata sumber itu.

Sementara itu kenyataan rasmi daripada SM Entertainment turut menjelaskan mengenai perkara yang sama.

"Oleh kerana ia adalah kemalangan kecil, Kim Heechul memberitahu dia berada dalam keadaan selamat.

"Dia juga memaklumkan berupaya meneruskan pengambaran," demikian menurut kenyataan.

Kim Heechul

Artikel Lain