suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pasha Ungu Fobia Lihat Isteri Bersalin Secara Pembedahan

Pasha bersama isterinya, Adelia Wilhemina.

PENYANYI Pasha daripada band popular Indonesia iaitu Ungu mengakui fobia tatkala melihat sendiri proses kelahiran anak keempatnya secara pembedahan.

Walaupun menyifatkan situasi berkenaan sebagai 'ngeri' Fasha bagaimanapun tetap menemani isterinya, Adelia Wilhemina melalui proses berkenaan.

"Saya berada di dalam bilik pembedahan dan melihat secara langsung operasinya. Adel berada dalam keadaan sedar.

"Saya sempat bertanya kepadanya sama ada sakit atau tidak.

"Ngeri juga proses itu, mujur anak ketiga saya juga ada bersama," ujar Pasha saat ditemui pemberita seperti yang dilaporkan detik.com.

Tambah Pasha, anak perempuannya itu diberi nama Princess Kayla Mutiara Pasha.

Menerusi dua pernikahan, Pasha kini mempunyai tujuh orang cahaya mata.

Pasha Ungu

Artikel Sebelum

Artikel Lain