suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dian Sastrowardoyo Buka Mulut Isu Tepis Tangan Peminat

AKHIRNYA aktres Dian Sastrowardoyo tampil menjelaskan mengenai kontroversi berhubung kelakuan yang dianggap tidak sopan kerana menepis tangan peminat yang ingin bergambar dengannya.

Menerusi laman Instagram, pelakon filem Kartini itu menyuarakan situasi yang dihadapinya tatkala insiden berkenaan dirakamkan.

"Sejujurnya itu adalah perkara yang tak disengajakan. Ada seseorang dari belakang yang secara tiba-tiba memegang badan saya.

"Akibat terkejut dan secara tidak sengaja saya menepis dan menghindarinya. Namun saya tidak bermaksud tidak ramah atau tidak sopan.

"Memang video tersebut kemudiannya saya padam agar tidak menimbulkan kesan yang tidak sesuai mengenai apa yang sebenarnya terjadi," tulis Dian.

Tambah Dian dia akur dengan kecaman dan menerimanya dengan hati yang terbuka.

Sebelum ini pengarah filem Kartini, Hanung Bramantyo turut tampil memohon maaf terhadap kelakuan Dian yang dianggap tidak sopan.

Dian Sastrowardoyo

Artikel Berikut

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia