suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Julia Roberts Berkaki Ayam Ke Festival Filem Cannes

Julia Roberts menghadiri Festival Filem Cannes ke-69 bagi mempromosikan filem terbaharunya, Money Monster.

PELAKON terkenal Hollywood, Julia Roberts menjadi perhatian apabila tampil berkaki ayam ketika melalui karpet merah pada Festival Filem Cannes ke-69 baru-baru ini.

Pada acara berkenaan Julia kelihatan anggun dengan gaun vintaj berwarna hitam meskipun tidak memakai kasut, lapor E Online.

"Dia kelihatan cukup yakin apabila berkaki ayam melalui karpet merah namun masih menyerlahkan kejelitaannya.

Julia berkaki ayam ketika melalui karpet merah.

"Meskipun tidak memakai kasut telah melanggar peraturan pemakaian tetapi dia adalah Julia Roberts dan dia boleh lakukan apa yang dimahukannya," kata sumber.

Peminat dan jurugambar yang berada di karpet merah berkenaan mula perasan Julia tidak memakai kasut apabila dia mengangkat gaunnya ketika menaiki tangga dan mendedahkan kakinya yang tidak berkasut.

Julia turut ditemani oleh rakan baiknya, George Clooney dan isterinya, Amal Clooney.

Julia Roberts, Cannes

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia