suria

Kylie Jenner, Tyga Dilaporkan Berpisah

Hubungan cinta di antara penyanyi Tyga dan bintang realiti Kylie Jenner sudah berakhir.

BINTANG realiti Kylie Jenner dilaporkan sudah berpisah dengan teman lelakinya, penyanyi Tyga selepas dua tahun bercinta.

TMZ melaporkan keretakan hubungan pasangan itu mula dihidu apabila mereka tidak muncul bersama ketika acara karpet merah Met Gala memandangkan kedua-duanya dijemput hadir.

Sumber terdekat pasangan itu memberitahu mereka memutuskan hubungan tersebut sebelum majlis itu lagi.

Sementara itu, Tyga yang dikejar paparazi ketika berada di New York untuk mempromosikan rangkaian pakaian terbaharunya memberitahu dia dalam keadaan baik.

"Saya baik-baik sahaja. Seperti semalam saya perlu bekerja keras untuk mencapai lebih tinggi dalam karier saya," katanya yang mengelak untuk menjawab apabila ditanya tentang Kylie.

Kylie Jenner, Tyga

Artikel Sebelum

Artikel Lain