suria

Song Joong Ki Derma Wang Penampilan Menerusi Program Hiburan

Song Joong Ki mendermakan kesemua wang bayaran kemunculannya dalam program Hurry Up, Brother.
PELAKON drama bersiri Descendants of the Sun iaitu Song Joong Ki tidak mengambil sebarang bayaran ketika membuat penampilan khas menerusi program Hurry Up, Brother di China baru-baru ini.

Joong Ki sebaliknya menderma bayaran diterimanya kepada sebuah badan kebajikan namun tidak mendedahkan butiran mengenai penerima wang berkenaan, lapor Soompi.

Hurry Up, Brother merupakan program saduran versi negara China kepada siri TV popular Running Man.

Joong Ki tampil sebagai artis jemputan dalam pengambaran 20 April lalu yang turut melibatkan beberapa selebriti lain seperti Deng Chao, Wong Cho Lam, Li Chen, Zheng Kai, Angelababy, serta Luhan.

Penampilan dalam produksi tersebut dan keputusan mendermakan kesemua jumlah bayaran yang diterima, melonjakkan lagi populariti pelakon itu.

Ia kini menjadi antara kata carian tertinggi di laman sosial Weibo ketika ini.

Song Joong Ki

Artikel Lain