suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Choi Sung Won Dedah Menghidap Lukemia Akut

Choi Sung Won mendedahkan dia menghidap penyakit luekemia akut.
TEKA-teki mengenai penarikan diri Choi Sung Won menerusi drama Mirror of the Witch akhirnya terjawab apabila aktor itu mendedahkan dia menghidap penyakit luekemia akut.

Sung Won menerusi satu kenyataan berkata, dia mendapat tahu mengenai penyakit berkenaan pada 4 Mei lalu selepas menerima keputusan ujian dan memutuskan untuk berehat seketika bagi mendapatkan rawatan.

"Ketika menjalani penggambaran, saya berasa tidak selesa dan mengalami lebam yang lambat sembuh selain berasa sakit-sakit badan dan berjumpa dengan doktor.

"Ini adalah ujian untuk saya dan bagi memberikan tumpuan kepada rawatan lebih baik saya mengundurkan diri daripada drama berkenaan," katanya seperti dilaporkan Soompi.

Dalam pada itu, Sung Won berkata, dia tidak mahu melengahkan rawatan dan berharap peminat mendoakan agar dia kembali pulih.

"Selepas berbincang dengan pihak penerbit mereka juga bersetuju agar saya memberi fokus kepada rawatan memandangkan ia perlu dirawat segera," katanya.

Choi Sung Won

Artikel Lain