suria

Jay Z Balas Pendedahan Beyonce Menerusi Lagu

Jay Z dan isterinya, Beyonce.

PENYANYI rap Jay Z dilaporkan bakal melancarkan single terbaharunya dalam masa terdekat ini sebagai membalas pendedahan isterinya, Beyonce tentang kecurangannya menerusi album Lemonade baru-baru ini.

Menurut sumber terdekat penyanyi itu, Jay Z akan menceritakan kisahnya pula dalam lagu berkenaan malah sedang menyiapkan album terbaharunya yang berkisarkan perkahwinan mereka.

"Setakat ini Jay Z hanya mendiamkan diri tentang tindakan Beyonce mendedahkan perihal buruk rumah tangga mereka dalam album berkenaan.

"Tetapi dia akan meluahkan kisahnya pula menerusi album terbaharunya yang sedang dalam pembikinan dan akan melancarkan single pertamanya dalam masa terdekat ini," ujarnya sumber berkenaan.

Terdahulu, Beyonce mengejutkan semua pihak apabila dia melancarkan visual album yang mendedahkan segala hal rumah tangganya termasuk kecurangan Jay Z bersama seorang wanita yang digelarnya "Becky With a Good Hair".

Album berkenaan berada pada tempat pertama carta Billboard 200 pada minggu pertama dilancarkan.

Jay Z, Beyone, Lemonade

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain