suria

Siti Liza Terkejut Terima Ucapan Daripada Siti Nurhaliza

PENYANYI Indonesia Siti Liza menzahirkan rasa terharu dan gembira apabila menerima hadiah paling bermakna dalam hidupnya iaitu ucapan daripada penyanyi kesayangannya Datuk Siti Nurhaliza.

Seperti dilapor Detik Hot, penyanyi lagu Dua Hati yang menyambut kelahiran ke-28 pada 27 April itu terkejut apabila seorang penyanyi terkenal menerusi laman sosial Instagram menyanyikan lagu hari jadi kepadanya.

Siti akan menyampaikan lagu Cuti-Cuti Malaysia pada pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2014, 4 Januari ini.
Siti Nurhaliza.

"Hadiah paling istimewa buat saya tahun ini ialah menerima ucapan hari lahir daripada idola saya Siti Nurhaliza menerusi Instagram.

"Saya gembira dan menjerit ketika menerima kiriman itu. Saya juga menontonnya beberapa kali kerana seperti tidak percaya dan ini merupakan video terindah dalam hidup saya," ujarnya.

Siti Liza merupakan penyanyi yang terlalu menggagumi Siti Nurhaliza daripada segi suara dan tingkah laku wanita itu.

Siti Liza, Siti Nurhaliza

Artikel Lain