suria

Luhan Dihalang Memasuki Taiwan

Luhan dilarang daripada memasuki Taiwan selepas didapati menyalahgunakan visa lawatan ke negara itu baru-baru ini.
PENYANYI dan pelakon Luhan telah dihalang daripada memasuki Taiwan selepas dia didapati menyalahgunakan visa lawatannya ke negara itu untuk menjalani penggambaran program Off to School.

Allkpop melaporkan Luhan dilarang memasuki negara berkenaan selama lima tahun biarpun mempunyai visa lawatan pelancong berkuatkuasa 3 Mei lalu.

Luhan bagaimanapun dibenarkan memasuki negara itu selepas dua tahun tempoh penggantungan itu namun hanya dibenarkan untuk tujuan bekerja.

Selain Luhan, lapan lagi pelakon terlibat dalam program berkenaan bersama 10 krew turut dikenakan tindakan sama.

Pihak penerbit Off to School bagaimanapun mengakui kesalahan tersebut dan meminta maaf atas kejadian itu.

Kerja penggambaran telah dihentikan serta-merta. 

Luhan, Off to School

Artikel Lain