suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mariah Carey Jadikan Ikan Sebagai Menu Untuk Kurus

Mariah Carey sedang giat berdiet sebelum berkahwin dengan tunangnya, James Packer.
PENYANYI terkenal Mariah Carey dilaporkan mengamalkan diet ketat dengan hanya mengambil protein iaitu ikan dalam menunya.

Female First melaporkan Mariah, 46, bersungguh-sungguh untuk mengurangkan berat badannya sebagai persediaan sebelum berkahwin dengan tunangnya, James Packer.

"Mariah hanya mengambil tiga jenis ikan dalam dietnya iaitu salmon ketika sarapan, ikan sebelah (tengah hari) dan tuna (malam).

"Dia memang bersungguh-sungguh untuk mengurangkan berat badan meskipun kini dia dikelilingi oleh makanan kerana sedang mengadakan konsert jelajah di Eropah dan Afrika," kata sumber.

Selain ikan, Mariah turut mengambil buah-buahan dalam dietnya tetapi dalam kuantiti kecil.

Dalam pada itu, James dikatakan tidak mahu kekasihnya itu menurunkan berat badan terlalu ekstrem kerana menerima wanita berkenaan seadanya.

"James sukakan bentuk badan Mariah yang sedikit berisi dan tidak mahu penyanyi itu terlalu obses untuk kurus," ujar sumber itu lagi.

Semenjak melahirkan anak kembarnya, Monroe dan Morrocan yang kini berusia lima tahun, penyanyi lagu Hero itu sentiasa bergelut dengan berat badannya.

Mariah Carey, James Packer

Artikel Lain