suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lionel Richie Lancar Rangkaian Barangan Kosmetik

Lionel Richie melancarkan barangan kecantikan dibawah label Hello by Lionel Richie.

PENYANYI Lionel Richie telah melancarkan rangkaian barangan kosmetik inspirasi daripada lagu hit miliknya berjudul Hello.

Aceshowbiz melaporkan penyanyi itu menggunakan nama Hello by Lionel Richie untuk produk keluarannya yang termasuk pengilat kuku, alat kosmetik, pelembap muka dan sebagainya.

Selain barangan kecantikan, Lionel juga turut mengeluarkan rangkaian aksesori rumah sejak beberapa bulan lalu.

Pada Disember lalu, Lionel memberi bayangan bakal berduet dengan Adele selepas lagu Hello milik mereka berdua menjadi sebutan sehingga ada yang menggabungkan lagu berkenaan.

Bagaimanapun katanya, dia perlu menunggu penyanyi itu selesai melakukan konsert jelajah namun memberitahu Adele sangat komited dengan idea berkenaan.

Lionel Richie

Artikel Lain