suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Beyonce Tanggal Cincin Kahwin Lepas Lancar 'Lemonade'

Rumah tangga pasangan Beyonce dan Jay-Z kembali hangat diperkatakan selepas penyanyi itu dilihat tidak memakai cincin perkahwinannya.

PENYANYI terkenal Beyonce dilaporkan tidak memakai cincin perkahwinannya sehari selepas melancarkan album terbaharunya berjudul Lemonade.

Daily Mail melaporkan tindakannya itu turut menghangatkan lagi spekulasi berhubung perkahwinannya dengan Jay-Z yang dikatakan retak menanti belah.

Malah Beyonce secara terbuka mendedahkan kisah rumah tangganya menerusi Lemonade yang antara lain tentang kecurangan suaminya itu.

Ia memberi tamparan hebat tambahan Beyonce tampil dengan album berbentuk visual dalam meluahkan kekecewaannya.

Lemonade turut disiarkan secara eksklusif di saluran HBO.

"Ketika mengadakan persembahan pada konsert jelajah dunianya, Formation Beyonce tidak memakai cincin perkahwinannya," kata sumber.

Dalam pada itu, Jay-Z turut dilaporkan tidak lagi memakai cincin perkahwinannya.

Beyonce, Jay-Z, Lemonade

Artikel Lain