suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chris Brown Disaman Kerana Nafkah Anak

Chris Brown berdepan dengan tuntutan nafkah anak daripada bekas teman wanitanya, Nia Guzman.

PENYANYI Chris Brown disaman oleh bekas teman wanitanya Nia Guzman yang mahu nafkah terhadap anak mereka, Royalty ditambah.

Hollywood Life melaporkan Nia tidak berpuas hati dengan jumlah diberikan penyanyi itu sebelum ini dan mahu meminta lebih memandangkan dia kini sudah berpindah ke Los Angeles.

Sebelum ini wanita berkenaan mengheret Chris ke mahkamah bagi mendapatkan hak penjagaan sepenuhnya terhadap anak mereka.

Ketika itu kes berlangsung di Houston, Texas.

Dalam pada itu, beberapa laporan menyebut Nia bertindak demikian selepas melihat Chris sering menayang kekayaannya di laman sosial dan mahu mendapatkan hak untuk anak mereka.

Chris Brown

Artikel Lain