Prince Berpesta Demi Buktikan Diri Masih Hidup - Bintang Global | mStar

Prince Berpesta Demi Buktikan Diri Masih Hidup

Prince mengambil keputusan untuk menghadiri sebuah parti demi membuktikan dia masih hidup.
PENYANYI Prince dilaporkan menghadiri sebuah pesta di Los Angeles selepas dia dibenarkan keluar daripada hospital untuk membuktikan dirinya masih hidup.

TMZ melaporkan Prince hanya membayar USD10 (RM40) untuk menyertai pesta berkenaan dan pengunjung lain dilihat terkejut dengan kehadirannya di kelab tersebut.

Penyanyi lagu Purple Rain itu turut memuat naik gambarnya di Twitter ketika berada di kelab berkenaan dan memberitahu dia kini dalam keadaan baik.

"Terima kasih atas kasih sayang dan semangat diberikan kepada saya," katanya menerusi kapsyen gambar berkenaan.

Prince juga dilaporkan sedang menulis sebuah buku memoir berjudul The Beautiful Ones.

Prince

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel