suria

50 Cent Berhabis Wang Mahu Cantik Walaupun Muflis

50 Cent

WALAUPUN diisytiharkan muflis pada Julai lalu, Curtis James Jackson III atau lebih dikenali sebagai 50 Cent tetap sanggup berhabis wang untuk kekalkan bentuk tubuh badan sasanya itu.

Menurut laporan TMZ, penyanyi rap itu melaburkan sebanyak USD2,800 (RM12,258) mengupah pelatih, Jay Cardiello, untuk aktiviti senamannya.

Sebelum ini, 50 Cent pernah mendedahkan dia banyak menghabiskan masa bersama pelatih itu sejak beberapa tahun lalu. Malah mereka turut bermalam bersama semata-mata mahu bersenam.

Walaupun diisytiharkan muflis, penyanyi rap yang popular dengan lagu Just A Little Bit masih lagi boleh meraih pendapatan menerusi wang royalti berjumlah USD36,000 (RM157,608) setiap bulan.

50 Cent

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain