suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kumpulan 2NE1 Bakal Adakah Konsert Di Amerika Syarikat

2NE1 bakal mengadakan konsert di Amerika Syarikat.

KUMPULAN 2NE1 bakal mengadakan konsert jelajah di Amerika Syarikat dalam masa terdekat ini berikutan single terbaharu mereka I Am The Best berjaya mendapat perhatian peminat di negara itu.

Soompi melaporkan lagu berkenaan mendapat penjualan terbaik sepanjang dua minggu berturut-turut di Amerika selain diputarkan sebanyak 24 kali dalam masa sehari di stesen radio WBMP New York dan WODS Boston.

Single berkenaan turut berada di tangga pertama carta Billboard World Digital Song menjadikan 2NE1 artis kedua berjaya berbuat demikian selepas Psy menerusi Gangnam Style.

"Lagu tersebut berjaya terjual sekitar tiga ribu salinan pada minggu pertama dan jumlah sama pada minggu berikutnya," kata wakil daripada syarikat pengurusan kumpulan itu.

Dalam pada itu, 2NE1 dilaporkan bakal bekerjasama dengan anggota kumpulan Black Eyed Peas iaitu Will.i.am untuk single terbaharu mereka.

2NE1, I Am The Best.

Artikel Berikut

Artikel Lain