suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Junjin Shinwa & Yoon Jin Yi Bercuti Ke Singapura

Junjin Shinwa & Yoon Jin Yi dilaporkan sedang bercinta.

DUA selebriti terkenal Korea Selatan iaitu Junjin Shinwa dan Yoon Jin Yi dilaporkan bercuti ke Singapura baru-baru ini dan menyemarakkan lagi gosip mengatakan mereka sedang hangat bercinta.

Soompi melaporkan peminat terserempak dengan pasangan tersebut ketika sedang bersiar-siar di tempat tumpuan di republik itu.

Media sebelum ini mendedahkan pasangan itu mula bercinta sejak awal tahun ini namun mereka menafikan laporan tersebut.

Malah Jin Yi turut dilihat menghadiri konsert Junjin yang berlangsung Ogos lalu tanpa menyembunyikan identitinya daripada dikenali peminat.

Bagaimanapun syarikat pengurusan Jin Yi menafikan pelakon itu ke Singapura bersama Junjin dan menjelaskan wanita itu ditemani oleh rakan-rakannya. 

Junjin Shinwa, Yoon Jin Yi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain