suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Syarikat Pengurusan Nafi 2NE1 Dibubarkan

2NE1 sibuk dengan konsert jelajah All Or Nothing.

BARU-BARU ini anggota kumpulan 2NE1, Minzy telah melakukan sesuatu yang mengejutkan apabila nama akaun Instagram miliknya telah diubah dengan membuang angka '21'.

Tindakan itu menyebabkan timbulnya gosip dia telah meninggalkan kumpulan berkenaan.

Bagaimanapun menurut laporan Soompi, syarikat pengurusan kumpulan itu, YG Entertainment  menafikan khabar angin tersebut.

"Gosip pembubaran 2NE1 adalah palsu. Diharap pihak luar tidak mempercayai khabar angin yang disebarkan.

"Tambahan pula 2NE1 kini sedang sibuk dengan konsert jelajah All Or Nothing  yang sedang dijalankan," kata wakil syarikat pengurusan itu.

Terdahulu, sejak akhir-akhir ini timbul satu demi satu khabar berita mengenai kumpulan KPop seperti SNSD dan MBLAQ yang mengalami masalah.

Bagimanapun sehingga kini, tiada pengesahan yang dibuat daripada syarikat pengurusan dua kumpulan tersebut berhubung isu itu.

2NE1, Kpop

Artikel Lain