suria

Brad Pitt Akui Lebih Bahagia Selepas Sah Kahwin

Pasangan Brad Pitt dan Angelina Jolie semakin bahagia sejak berkahwin September lalu.

AKTOR Brad Pitt mengakui semakin bahagia sejak berkahwin dengan aktres Angelina Jolie.

Menurut laporan Dailymail, walaupun sudah 10 tahun menjalinkan hubungan, Brad tidak menyangka perasaan bahagia lebih dirasai sejak mendirikan rumah tangga.

"Hari saya menjadi lebih luar biasa dan saya dapat rasa, aman yang datang bersama-sama dalam hal ini (perkahwinan)," katanya.

Foto keluarga Angelina dan Brad pada majlis perkahwinan mereka.

Hubungan yang terjalin antara Brad dan Angelina sering membuatkan orang lain berasa cemburu apatah lagi penikahan pasangan itu yang berlangsung baru-baru ini di Perancis membuatkan ramai yang terkejut.

Dalam pada itu, Brad turut memberitahu dia kini sedang sibuk dengan penggambaran filem terbaharu berjudul By The Sea bersama isterinya.

Menariknya mereka menyifatkan penggambaran itu sebagai sebuah bulan madu yang penuh produktif, bekerja sambil menikmati suasana mesra.

Pasangan itu memiliki enam anak iaitu Maddox, 13, Pax, 12, Zahara, 9, Shiloh, 8, dan dua anak kembar Knox dan Vivienne, 6.

Brad Pitt, Angelina Jolie

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain