suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Luna Maya Ditemani Kekasih Pada Acara Hiburan

Luna Maya dan kekasihnya Reino.
PENYANYI Indonesia Luna Maya dilihat ditemani kekasihnya Reino Barrack dalam satu acara hiburan HUT Global TV di Istora Senayan, Indonesia.

Luna yang bertugas sebagai pengacara pada majlis itu tampil cantik dengan gaun yang diperbuat daripada surat khabar.

Reino bukan sahaja menemani Luna sebagai kekasih baharu penyanyi itu, namun beliau juga merupakan Timbalan Presiden Pembangunan Perniagaan PT Global Mediacom Tbk.

Bagaimanapun, lelaki tersebut sering kali mengelak apabila disoal tentang hubungannya dengan Luna Maya.

Luna sebelum ini sudah mengakui hubungan tersebut, namun belum memikirkan tentang pernikahan buat masa terdekat.
Luna Maya

Artikel Berikut

Artikel Lain