suria

Jung Kyung Ho Belum Sedia Lamar Kekasih

Kyung Ho dan Soo Young bercinta sejak tahun 2012.
PELAKON Jung Kyung Ho belum bercadang untuk melamar kekasihnya, Soo Young daripada kumpulan Girls Generation dalam masa terdekat kerana sibuk dengan kerjayanya.

Kyung Ho bagaimanapun memberitahu Korea Herald dia seboleh-bolehnya mahu berkahwin segera kerana usianya kini sudah pun mencecah 31 tahun.

"Hubungan saya dengan Soo Young berjalan lancar tetapi perancangan untuk berkahwin itu masih belum ada kerana kesibukan kami dengan kerjaya masing-masing.

"Bagaimanapun sekiranya ada peluang saya mahu berkahwin cepat," katanya ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem terbaharunya, Manhole.

Kyung Ho dan Soo Young bercinta sejak 2012 namun hanya mengesahkan perkara itu pada Januari lalu.
Jung Kyung Ho, Soo Young.

Artikel Lain