suria

Isteri Lee Soo Man Meninggal Dunia

ISTERI kepada pengasas SM Entertaiment Lee Soo Man iaitu Kim Eun Jing dikhabarkan meninggal dunia pada 30 September lalu akibat penyakit kanser usus.

Perkara tersebut diberitahu melalui satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pengurusan tersebut Ahad lalu.

"Isteri Lee Soo Man, Kim Eun Ji meninggal dunia kerana penyakit kanser usus yang dihidapinya sejak Disember 2012.

"Pada Januari 2013, wanita itu telah melakukan pembedahan dan menjalani rawatan susulan," ujarnya.

Ucapan takziah turut disampaikan oleh artis-artis dibawah naungan syarikat tersebut seperti Siwon (Super Junior), Kibum, Victoria dan Zhang Li Yin.

"Saya sangat sedih dengan berita pemergian isteri Lee Soo Man, kami sentiasa bersama mu. Kamu seperti ayah bagi kami. Selesai daripada konsert kami akan kembali. Bersemangatlah!," tulis Victoria di laman sosial twitter miliknya.
Lee Soo Man

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain