suria

Boyfriend Jadi Pontianak Dalam Witch

BAGI memberi kelainan terhadap single terbaharu kumpulan Boyfriend, mereka tampil dengan karekter sebagai pontianak untuk video muzik lagu Witch.

Kumpulan ini memuat naik video muzik pendek berdurasi 27 minit buat tatapan peminat mereka.

Apa yang menarik penampilan Youngmn dan rakan-rakannya sebagai pontianak menjadi perhatian utama.

Dalam video muzik itu, terdapat adegan ahli kumpulan yang menunjukkan gigi taring mereka sebelum berubah menjadi manusia biasa.

Kumpulan ini akan mula mempromosikan lagu tersebut pada 9 Oktober ini dan album Witch akan dilancarkan pada 13 Oktober 2014.
Boyfriend

Artikel Sebelum

Artikel Lain