suria

Tanpa Album Baru Pendapatan Adele Cecah RM400,000 Sehari

Album '21' Adele bakal mencecah jualan 11 juta unit di Amerika Syarikat.

PENYANYI lagu tema filem James Bond, Skyfall, Adele kali terakhir menghasilkan album penuh ialah empat tahun yang lalu tetapi itu tidak sedikit pun menjejaskan pendapatannya kerana setiap hari dia memperolehi sekurang-kurangnya £80,000 (RM400,000).

Sejak kelahiran anaknya Angelo, dua tahun yang lalu, Adele boleh dikatakan telah mendedikasikan masa untuk membesarkan anaknya itu dengan mengurangkan aktiviti seni.

Tetapi walaupun tanpa aktiviti seni, pendapatannya tetap stabil melalui dividen yang diperolehi menerusi syarikat perniagaannya.

Akhbar Britain, The Sun, pada Ahad melaporkan dua buah syarikat milik Adele, memperolehi pendapatan sehingga £54 juta (RM270 juta) dalam tempoh 22 bulan sehingga 31 Disember 2013 manakala syarikat terbesarnya Melted Stone, memperolehi pendapatan sehingga £30.4 juta (lebih RM150 juta) dalam tempoh 14 bulan sehingga April 2013 dan kemudian tambahan £8 juta (RM40 juta) lagi sehingga ke penghujung tahun berkenaan.

Menurut akhbar itu, Adele membayar dividen untuk dirinya sebanyak £5.25 juta (RM26.25 juta) pada separuh penggal kedua kewangan yang berakhir bagi tahun 2013.

Awal minggu ini, yahoo.com melaporkan yang album 21 Adele bakal mencecah jualan 11 juta unit di Amerika Syarikat sahaja.

Berita tersebut muncul pada ketika legenda Soul, Aretha Franklin, 72, memilih lagu Adele Rolling In The Deep untuk dipersembahkan pada program bual bicara popular Amerika, The Late Show With David Letterman.

Adele

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain