suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Katy Perry Timbulkan Kemarahan Taylor Swift

Katy Perry
KHABAR angin tentang hubungan dingin penyanyi Taylor Swift dan Katy Perry sudah lama tersebar di laman sosial.

Seperti dilaporkan Entertaiment Wise, kali ini Taylor dikatakan berang apabila mengetahui berita tentang Katy Perry makan malam bersama bekas kekasihnya Harry Styles.

Katy dan Harry menikmati makan malam pada minggu lalu di sebuah restoran di Nobu, Malibu.

Biarpun sudah berpisah, namun hubungan bekas kekasih itu dikhabarkan masih baik sebagai sahabat.

Dalam pada itu, Katy dikhabarkan dengan sengaja keluar bersama Harry bagi membangkitkan kemarahan Taylor.

"Katy sudah lama mengenali Harry dan dia tahu jika dia keluar dengan lelaki itu akan menimbulkan kemarahan Taylor," ujarnya.

Sumber memberitahu bahawa penyanyi itu telah menghubungi Harry bagi memintanya agar berhati-hati dengan Katy.

Bagaimanapun perkara tersebut tidak dipedulikan Harry.

"Harry tidak membalas mesej tersebut, malah dia memberitahu hal itu kepada Katy sehingga wanita itu ketawa," ujarnya.
Katy Perry

Artikel Lain