Lelaki Dalam Gambar Tersebar Bukan Kekasih Luna f(x) - Bintang Global | mStar

Lelaki Dalam Gambar Tersebar Bukan Kekasih Luna f(x)

GAMBAR salah seorang ahli kumpulan f(x) iaitu Luna bersama seorang lelaki yang kelihatan mesra di khalayak tersebar minggu lalu.

Tidak mahu gosip terus menjadi bahan buah mulut, pihak pengurusannya SM Entertaiment mengeluarkan kenyataan yang menafikan hubungan percintaan Luna bersama lelaki itu.

"Lelaki tersebut merupakan teman rapat Luna sejak kecil," ujarnya.

Tambah pengurusannya, gambar berkenaan diambil ketika kedua-dua mereka dalam perjalanan ke gereja.

"Mereka pergi ke gereja bersama-sama sejak kecil, foto itu diambil ketika mereka dalam perjalanan ke gereja," kata kenyataan tersebut seperti dilaporkan The Fact.
Luna f(x)

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Boo anjing paling comel di dunia mati