suria

Victoria F(x) Bintangi My Sassy Girl 2

Victoria sah bakal menggantikan Jun Ji Hyun dalam My Sassy Girl 2.

ANGGOTA kumpulan F(x) iaitu Victoria dilaporkan bakal menggantikan Jun Ji Hyun sebagai watak utama dalam filem My Sassy Girl 2 yang akan menjalani penggambaran pada akhir bulan ini.

Allkpop melaporkan, pengumuman itu dibuat oleh hero filem itu Cha Tae Hyun semasa pelancaran filem terbaharunya berjudul Slow Video dan memberitahu dia teruja untuk berlakon disamping Victoria.

"Saya akan kembali dalam My Sassy Girl 2 namun heroinnya akan bertukar iaitu Victoria daripada kumpulan F(x)," katanya.

My Sassy Girl pernah mencetuskan fenomena dikalangan peminat filem Korea, 13 tahun dahulu dan filem berkenaan pernah dihasilkan semua dalam beberapa bahasa termasuk di Amerika Syarikat.

Pemilihan Victoria itu turut disahkan oleh syarikat pengurusannya SM Entertainment selain ia bakal diarahkan oleh Jo Geun Shik.

"Berita mengenai Victoria akan berlakon dalam My Sassy Girl 2 adalah benar," kata wakil syarikat itu ringkas.

Victoria, F(x), My Sassy Girl 2.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain