suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Will.I.Am Berang Dituduh Guna Kad Keahlian Palsu

PENYANYI rap Will.I.Am mencurahkan perasaan marah di laman sosial Twitter miliknya apabila dipaksa keluar dari ruangan VIP United Airlines pada Sabtu lalu.

Staff yang bekerja di ruangan VIP di syarikat penerbangan tersebut menuduh Will memiliki kad keahlian palsu untuk memasuki ruangan itu.

Berang dengan dakwaan itu, penyanyi tersebut menganggap perkhidmatan penerbangan tersebut merupakan yang terburuk pernah dinaiki.

"#unitedairlines adalah yang terburuk, saya merupakan ahli dan mempunyai kad keahlian sebagai bukti.

Tetapi mereka mengatakan kad tersebut palsu dan mengusir saya dari tempat itu," tulisnya.

Will mengaku kecewa dengan apa yang dilaluinya dan menganggap syarikat penerbangan tersebut tidak peka dengan pelanggan mereka.

"Saya kerap menggunakan perkhidmatan pernerbangan ini, seharusnya mereka tahu siapa pelanggan mereka," tambahnya lagi.

Will.i.am, United Airlines, Twitter

Artikel Lain