suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lee Min Ho Pelakon Terbaik Anugerah Drama Fever

Lee Min Ho menang trofi Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Drama Fever dua tahun berturut-turut.
PELAKON Lee Min Ho diumumkan sebagai pemenang menerusi kategori Pelakon Lelaki Terbaik pada Anugerah Drama Fever 2013 menerusi lakonan mantapnya dalam drama bersiri The Heirs yang berlangsung di Korea Selatan baru-baru ini.

Portal Soompi melaporkan Min Ho berjaya menewaskan beberapa calon kegemaran lain seperti Joo Won (Good Doctor), So Ji Seop (Master's Sun), Jung Kyung Ho (Heartless City) dan Jo In Seong (That Winter, The Wind Blows).

Lebih membanggakan kemenangan Min Ho pada anugerah itu adalah buat kali kedua selepas menerima trofi sama pada tahun lalu.

Bagaimanapun Min Ho yang tidak dapat hadir ke acara berkenaan berasa terharu dengan sokongan peminat dan akan lebih berusaha keras demi peminat-peminat setianya.
Lee Min Ho, The Heirs.

Artikel Lain