suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lotus Buka Bilik Pameran Di Kuwait

KUALA LUMPUR: Group Lotus Plc membuka bilik pameran baharu Lotus di daerah Shuwaikh, Kuwait City hasil daripada perkongsian antara Lotus Cars Middle East FZ-LLC dan Alghanim Motors.

Bilik pameran itu akan menawarkan peluang menikmati jenama terkemuka kepada peminat kereta sport mewah secara langsung.

Ketua Pegawai Eksekutif Group Lotus, Aslam Farikullah berkata Kuwait kekal sebagai pasaran penting yang menawarkan potensi yang luas untuk Lotus Cars Middle East dan Alghanim Motors.

"Apabila ia berkaitan kereta sport berprestasi tinggi dan sangat dididamkan, Lotus menetapkan standard dan kami tidak pernah mempunyai barisan lebih kukuh atau yang lebih laju," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Alghanim Industries, Samer Kasim berkata mereka gembira untuk memperkenalkan jenama kereta sport Lotus kepada pasaran Kuwait, di bawah naungan eksklusif Alghanim Industries.

"Kami teruja dengan peluang untuk bekerjasama rapat dengan Lotus dan kami berharap ia dapat membina perkongsian yang berjaya," katanya.

Artikel Lain