suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kilang Proton Tidak Bercadang Henti Operasi

IPOH: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengesahkan kilang pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd masih menjalankan operasi seperti biasa dan tidak bercadang untuk menutup operasinya di Tanjung Malim.

"Mereka tidak bercadang menutup kawasan industri mereka, khususnya kawasan Proton Tanjung Malim. Saya perjelaskan ini memandangkan ada laporan yang menyebut Proton tidak akan meneruskan pengeluaran keretanya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini, Rabu.

Sebelum itu, beliau diberi taklimat oleh pihak Proton Tanjung Malim mengenai operasi dan perancangan syarikat berkenaan.

Zambry berkata, Proton akan terus menjadi penyumbang utama kepada pembangunan Daerah Muallim dan diharapkan pihak Proton dapat memainkan peranan sebaik-baiknya.

"Berdasarkan penjelasan dan perancangan yang telah pun mereka lakukan ternyata mereka berada atas landasan yang betul bagi pembangunan masa depan," katanya.

Selain itu, Zambry berkata pihak Proton telah memastikan segala perancangan yang dirangka dapat diteruskan dan mencapai matlamat menjelang 2020.

"Mereka juga telah memperkenal dan menjelaskan kepada kerajaan negeri mengenai model baharu yang akan berada di pasaran dan pengeluaran di kilang Tanjung Malim," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain