Komuniti, Pemilik Saham Felda Penentu Kerjasama FGV-EHP - Najib

PUTRAJAYA: Komuniti Felda dan pemilik saham Felda Global Ventures Bhd (FGV) merupakan penentu keputusan berhubung rancangan syarikat itu untuk bekerjasama dengan syarikat perladangan sawit ketiga terbesar Indonesia, PT Eagle High Plantation (EHP).

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebagai menunaikan tanggungjawabnya, FGV telah membentangkan segala butiran dengan jelas tentang rancangan kerjasama tersebut.

"Akhirnya terpulang kepada pemilik saham untuk membuat keputusan... tapi fikirlah secara waras dan rasional.

"Jangan terbawa-bawa dengan hasutan mana-mana pihak sehingga yang baik jadi tak baik, yang hak menjadi batil," katanya ketika berucap pada majlis Salam Perantauan Warga Felda di sini, Khamis.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, mengingatkan bahawa kesilapan dalam membuat keputusan akan menyebabkan peluang keemasan yang sukar diperoleh terlepas dan mungkin tidak akan didapati lagi pada masa akan datang.

"Jangan biarkan apa yang kita bina selama ini musnah kerana tak buat apa yang patut untuk pertahankan. Marilah kita pertahankan kejayaan Felda demi anak cucu kita," katanya.

Menjelas lanjut Najib berkata kerajaan sedang meneliti secara terperinci rancangan kerjasama antara FGV dengan EHP itu dan mahu satu formula yang menguntungkan kedua-dua pihak diwujudkan.

"Saya yakin dan percaya kalau dapat satu formula yang menguntungkan, maka FGV dan masyarakat Felda boleh mengaut keuntungan yang besar.

"Harga yang kita tentukan kalau setuju, boleh kita pertahankan," katanya.

Perdana Menteri berkata untuk terus mengubah kualiti hidup masyarakat Felda, pasaran yang menjangkaui sempadan negara amat perlu, termasuk kawasan ladang yang besar selain tanah yang subur.

"Kita ada kekuatan dan kekurangan, maka kekurangan FGV ditampung melalui usaha sama dengan EHP ini," katanya.

Pada Jun lepas, FGV mengumumkan ia telah memeterai perjanjian induk dengan Rajawali Group untuk membeli kepentingan dalam EHP pada harga AS$680 juta dalam bentuk tunai dan saham.

Ini akan menyaksikan Rajawali Group memiliki 2.6 peratus asas saham FGV yang diperbesarkan.

FGV juga akan mengambil alih antara 93 dan 95 peratus kepentingan dalam projek gula Rajawali Group dengan nilai AS$67 juta.

Kepentingan dalam EHP dan projek gula Rajawali Group akan dipegang oleh FGV Kalimantan Sdn Bhd, sebuah unit FGV.-- Bernama

FGV, EHP, Felda, Perdana Menteri

Artikel Sebelum

Klik

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Artikel Lain