suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Weststar Group Lantik Kontraktor Utama Pembelian Vshorad Untuk Mindef

KUALA LUMPUR: Weststar Group dilantik sebagai kontraktor utama pemerolehan sistem Pertahanan Udara Jarak Dekat, STARStreak, (VSHORAD)  Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) daripada Thales Air Defence Ltd UK.

Pengarah Urusan Weststar Group Tan Sri Syed Azman berkata urus niaga itu membabitkan rancangan MINDEF untuk menaik taraf sistem pertahanan peluru berpandu sedia ada dengan memanfaatkan peluang tukar beli peluru berpandu sebelum ini, Starburst dengan peluru berpandu Starstreak, yang lebih baik.

"Proses itu akan memberi penjimatan besar kepada MINDEF," katanya dalam satu kenyataan.

Weststar berkata industri pertahanan Malaysia turut memperoleh manfaat daripada program ofset yang ditawarkan oleh THALES, termasuk pemindahan teknologi aplikasi perkakasan dan peralatan yang berkait dengan sistem, selain dalam bidang yang berkaitan.

Thales turut menawarkan pakej latihan untuk melancarkan operasi mengenai sistem berkenaan, katanya.

Weststar, Vshorad

Artikel Lain