suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Domino's Pizza Peruntuk RM12.5 Juta Untuk Perbelanjaan Modal

SHAH ALAM: Domino's Pizza memperuntukkan RM12.5 juta bagi perbelanjaan modal tahun ini, kata Pengurus Pemasaran Kanan bagi Malaysia dan Singapura Linda Hassan.

Beliau berkata, sehingga Jun 2015, sebanyak RM5 juta telah dibelanjakan.

"Ini dijangka menghasilkann pertumbuhan dua angka dalam perolehan. Jualan daripada dua platform iaitu dalam talian dan di kaunter. Sebahagian besar daripadanya daripada penghantaran.

"Dari segi penghantaran pizza, bahagian pasaran kami lebih 50 peratus," katanya kepada pemberita pada pelancaran dua citarasa baharu 'Cheese Burst Crust' di sini, Jumaat.

'Chilli Cheese Burst Crust' dan 'BBQ Cheese Burst Crust' merupakan tambahan kepada enam hidangan sedia ada 'crust'.

"Pelancaran produk baharu ini seiring dengan usaha berterusan Domino's Pizza's dalam menyediakan lebih banyak varieti di samping mewujudkan nilai kepada pelanggan," katanya.-- Bernama



Domino's Pizza, Linda Hassan

Artikel Lain