YIT Melabur Dua Projek Hartanah Baharu Bernilai RM7 Juta

KUALA TERENGGANU: Yayasan Islam Terengganu (YIT) akan membuat pelaburan dalam dua projek hartanah baharu bernilai RM7 juta di Terengganu bagi memperkukuh lagi sumber kewangan YIT pada masa hadapan.


Pengarahnya, Datuk Mohd Yasim Awang berkata, pelaburan itu melibatkan projek pembinaan rumah kedai di Bandar Permaisuri di Setiu dan di Bandar Kuala Terengganu di sini yang melibatkan sumber kewangan YIT sendiri.

"Tender projek di Setiu, yang melibatkan pembinaan tujuh unit rumah kedai tiga tingkat dengan kos RM3 juta, akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

"Bagi projek di bandar Kuala Terengganu pula, YIT akan membina bangunan lima tingkat dengan kos melebihi RM4 juta," katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

Beliau berkata, projek pembinaan rumah kedai di Setiu itu dijangka siap sepenuhnya akhir 2015.

Dalam pada itu, YIT akan melaksanakan beberapa projek sosial seperti pembinaan bangunan Taska, sekolah pondok moden dan juga Institut Pengajian Islam di negeri ini.

Untuk Taska, Mohd Yasim berkata, YIT membina empat Taska, masing-masing di Binjai (Kemaman), Seberang Takir (Kuala Nerus), Losong (Kuala Terengganu) serta di Bandar Al-Muktaffi Billah Shah (Dungun) melibatkan kos RM3 juta sebuah.

Katanya Taska tersebut mampu menempatkan 10 hingga 12 kelas dengan jumlah pelajar melebihi 300 orang.

Beliau berkata, YIT juga mendapat kelulusan dari Kerajaan Negeri untuk membina Pondok Moden Darul Iman di Kampung Pelandan, Kuala Berang di Hulu Terengganu dan Institut Pengajian Islam (INSPI) Binjai di Kemaman, masing-masing berharga RM4.8 juta sebuah.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain