suria

Pengiraan Perintah dan Kawalan

Syarikat SCS turut menjalankan kerja terhadap kenderaan tanpa pemandu.

DALAM dunia teknologi ketenteraan moden sudah menjadi matlamat utama untuk mengurangkan risiko berlakunya peperangan melalui pelaksanaan undang-undang yang dipanggil perintah dan kawalan. 

Walaupun dengan kemajuan teknologi moden yang paling canggih pasukan tentera masih boleh menjadi mangsa peperangan, justeru Pengerusi Eksekutif System Cosultancy Services Sdn Bhd (SCS), Datuk Khalilur Rahman Ebrahim membantu mencari jalan bagi memastikan pasukan tentera memiliki sistem terbaik untuk berhadapan dengan sebarang ancaman. 

"Ketika anda sedang tidur, pegawai akan mengawasi kawasan strategik negara, dan menentukan apa yang perlu dilakukan, membuat pertimbangan apa yang perlu dilakukan terhadap aset negara, rakan serta musuh tentera yang mempunyai bilik operasi masing-masing," katanya kepada Metrobiz. 

Khalilur Rahman yang juga jurutera elektrik dan elektronik, merupakan sebahagian daripada pasukan yang mengasaskan Sapura Consulting Sdn Bhd pada 1993, sebuah subsidiari milik Sapura Holdings. 

Sapura Consulting telah membeli baki saham yang dipegang oleh Sapura Holdings dan menamakan semula syarikat tersebut, SCS, pada 1994. 

Sebagai ketua pegawai eksekutif Sapura Consulting, beliau turut ditugaskan sebagai perunding kepada Kementerian Pertahanan.

"Kami membantu untuk mengurangkan isu-isu itu yang timbul antara kementerian itu dengan pihak kontraktor.

"Sistem ini digunapakai pada 1996 dan apabila ia tamat tempoh pada 1997, syarikat kami telah ditender untuk menyelenggara dan kemudiannya memodenkan sistem tersebut," Khalilur Rahman sambil menambah bahawa isu keselamatan negara, harus menggunakan sistem terbaik yang diselenggara oleh syarikat tempatan.

Pengedar peralatan ketenteraan dan keselamatan itu turut memenangi bidaan kontrak bernilai RM25 juta dan mereka telah berjaya mengekalkan sistem tersebut sehingga kini. 


Khalilur Rahman. 

Ketika virus Y2K menyerang pada tahun 2000, beliau berkata mereka terpaksa menulis semula kod untuk sistem berkenaan dan menjadikan Y2K  lebih baik berbanding sistem Britain yang digunapakai sebelum ini. 

Ia termasuk menyediakan arahan ketenteraan dan sistem kawalan (C2) yang mengawal komunikasi, komputer, kecerdasan, pengawasan dan sistem pengintipan (C4ISR). 

Selain daripada perisian berkenaan, mereka turut berhubung dengan beberapa vendor untuk menyediakan beberapa jenis komputer riba, kamera pengintip, dan  alat yang memancar gelombang elektromagnet untuk menerima arahan dan kawalan. 

Namun terdapat juga cabaran yang diterima terutamanya dalam menangani pelbagai karenah pelanggannya. 

"Ironinya, cara paling mudah ialah membuat pengekodan sementara menunggu pelanggan memberitahu apa yang mereka mahukan daripada produk keluaran kita," katanya.

"Ada sesetengah pengguna mahu kaedah yang mudah, namun siapa yang mahukannya. Justeru, satu sistem taktikal yang strategik dapat membantu untuk mengatasi masalah komunikasi dengan pelanggan," katanya. 


Tahun lalu, syarikat berkenaan mendapat kadar pusingan sebanyak RM40 juta dan 25 peratus daripadanya sumber penyelidikan dan pembangunan. 

Bergerak ke hadapan beliau melihat potensi besar di sektor awam yang menguasai dan sistem kawalan kerana ia akan membolehkan industri intensif logistik, seperti pasar raya besar malah agensi berita faham kepentingan harta tanah serta membuat keputusan terbaik dalam memanfaatkan sumber yang mereka miliki. 

perintah dan kawalan

Artikel Lain