suria

Tepung Pelita

TEPUNG pelita merupakan hidangan pencuci mulut wajib di bulan Ramadan.

Maka tidak hairanlah ramai yang sanggup beratur panjang di bazar Ramadan untuk mendapatkan juadah ini.

Namun untuk kepuasan diri sendiri apa kata, gunakan kreativiti anda dalam menghasilkan pencuci mulut ini dengan resipi khas Merang Suria Resort.

Bahan-bahan:

1 cawan tepung beras
6 sudu makan gula
2 cawan air
1 cawan santan
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
Sedikit kapur dan sedikit garam

Cara-cara:

1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
2. Perah santan, masukkan tepung yang 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
3. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
4. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
7. Sejukkan.

Selamat mencuba!






tepung pelita

Artikel Berikut

Kuih Lapis

Artikel Lain