suria

KIP Hotel Miliki Tarikan Tersendiri

JIKA inginkan suasana funky dan penuh kesederhanaan di pinggir kota, KIP Hotel antara lokasi penginapan yang sesuai bukan sahaja untuk seisi keluarga, juga golongan usahawan.

Suasana indah dan memukau hotel yang selesa hasil campuran warna ini tentu jadi pilihan bagi yang ingin menikmati waktu istirehat dan  bersantai di sini, selain perhentian sementara menunggu temu janji bisnes.

Setiap aras bilik mengetengahkan konsep yang berbeza dengan mainan warna dinding dan bentuk tiga dimensi yang ditonjolkan sesuai dengan gaya moden kontemporari.

Dengan jumlah keseluruhan bilik sebanyak 199 deluxe dan suites, pastinya akan terpukau dengan reka bentuk seni bina ini.

Diuruskan Lexis Group Hotel and Resort, KIP Hotel yang terletak di Jalan Seri Utara 1, Sri Utara Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur menggunakan perabot yang sesuai dengan konsepnya - minimalis.

Hanya 15 minit memandu dari ibu negara terletaknya hotel yang namanya sempena kawasan perindustrian Kepong Industrial Park (KIP).

Semua bilik ini dilengkapi dengan kemudahan seperti akses Internet berkelajuan tinggi, televisyen LCD dan sistem hiburan interaktif.

Walaupun bertaraf tiga bintang, nama hotel ini menampilkan kelainan apabila menyediakan lima pilihan ruang makan dan santai untuk memenuhi citarasa pengunjung.

Restoran Aroma yang menyediakan hidangan makanan tempatan secara bufet dan konsep ruang makan terbuka ini membolehkan pengunjung melihat chef menyediakan hidangan.

Aqua by The Pool menampilkan seni bina kolam renang yang terletak di aras lima ini menyajikan hidangan bagi pengunjung yang ingin bersantai dan menikmati pemandangan dari atas.

AtSix Lounge by Day dan Atop menawarkan suasana santai dan ruang hiburan yang sangat kondusif sesuai bagi mereka yang ingin beristirehat.

Bagi yang gemarkan kopi dan jus, All Coffee All Juices (ACAJ) menyediakan pelbagai jenis pilihan.

Kemudahan lain turut ditawarkan seperti pusat kecergasan, spa dan sauna,  kolam renang, surau serta ruang yang bersesuaian untuk majlis seperti tempat untuk bermesyuarat, majlis perkahwinan dan makan malam.

Bagi yang ingin rasai keunikan dan pengalaman di KIP Hotel ini, boleh layari laman sesawang mereka di www.kip.com.my untuk maklumat lanjut.

Artikel Lain