suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bebola Isi Ayam & Tauhu

JIKA anda inginkan resipi yang mudah dan ringkas untuk juadah berbuka puasa anda, apa kata cuba resipi ini. Menu yang menggabungkan bebola isi ayam dengan tauhu ini pastinya akan menaikkan selera anda seisi keluarga.

BAHAN KISAR

200 gm isi ayam
2 biji tauhu
1 sudu kecil lada hitam
Garam

BAHAN A

1 biji telur
1 sudu besar tepung jagung

BAHAN B

Minyak
1 labu bawang besar-cincang
3 biji tomato-kisar
1 cawan sos cili
Gula dan garam
½ biji timun-dadu buang biji
2 cawan air

CARA MENYEDIAKAN

1. Satukan semua bahan kisar dengan bahan A, gaul sebati. Ketepikan.

2. Panaskan kuali, masukkan minyak, tumis bawang cincang sehingga layu.

3. Masukkan sos dan tomato kisar, air, gula dan garam. Biarkan mendidih.

4. Bulatkan bahan doh dan masukkan dalam sos. Biarkan sehingga masak dan kuahnya agak kering. Akhir sekali masukkan timun.

bebola isi ayam, tauhu

Artikel Lain