suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sambal Kerang Pedas Masam Manis

SAMBAL kerang enak dimakan bersama nasi lemak. Tapi bagi yang inginkan kelainan, apa kata cuba resipi sambal kerang pedas masam manis yang enak dimakan bersama nasi putih atau pulut.

Ia mudah dan cepat disediakan. Malahan, ia sesuai dihidangkan kepada tetamu yang hadir ke rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri anda nanti.

Bahan-bahan:

200 gm isi kerang

Bahan untuk di kisar(bahan A)

3 senduk cili kisar

5 biji bwg kecik

sebijik bwg merah sederhana.

5-6 ulas bawang putih

sedikit halia


Bahan-bahan lain:

1 biji bawang kuning hiris bulat2

Garam dan gula secukup rasa

1/2 inci belacan

1 batang serai di titik

sedikit santan

perahan jus asam jawa

sedikit sos tiram

sos cili

sos tomato


Cara Penyediaan:

Kerang dibersihkan, dan dicelur seketika di dalam air panas mendidiih, kemudian di kopek kopek dan di ambil isinya.

Kisar bahan A.

Panaskan minyak dalam kuali, masukkan hancurkan belacan, goreng hingga harum bau belacan

Masukkan cili kisar dan tumis sambil masukkan serai tiik sehinga naik minyak.

Masukkan jus asam jawa, sedikit santan garam, gula, sos tiram, sos cili dan sos tomato ,kacau hingga sebati.

Masukkan isi kerang dan hirisan bawang, kacau rata hingga sedikit berkuah, jangan terlalu kering.

Rasa dan matikan api. Sedia dihidangkan.

Artikel Berikut

Artikel Lain