suria

Citarasa Ramadan Sajian Terbaharu Di Pizza Hut

BAGI memeriahkan lagi bulan Ramadan ini, rangkaian restoran makanan segera, Pizza Hut menawarkan set Citarasa Ramadan.

Set terbaharu itu terdiri daripada Piza Asiana yang dihasilkan menggunakan ayam tandoori lazat yang empuk, sos tandoori, bawang, kapsikum, tomato, perahan limau nipis di atas piza pan crust kegemaran ramai.

Sajian Asiana pula mengandungi sate bebola ayam, jejari ayam berempah, tacos ayam, kek ikan Thai, dan salad segar. 

Menyerikan lagi hidangan ini ialah minuman Zesty Selasih, campuran Mirinda Strawberi, selasih dan perahan limau nipis yang menyegarkan.
Set Citarasa Ramadan.

Menurut Pengurus Besar Kanan, Pizza Hut Malaysia, Low Kang Moon,  keluaran terbaharu itu memberi peluang untuk semua rakyat Malaysia menikmati limpahan rasa untuk juadah berbuka puasa bersama keluarga dan sahabat handai.

Piza Asiana dijual secara ala’carte dengan harga RM26.80 (saiz sederhana) dan RM36.80 (saiz besar), manakala Sajian Asiana dijual pada harga RM21.90 sepinggan. 

Minuman Zesty Selasih pula berharga RM3.20 untuk setiap gelas. 
 
Set Citarasa Ramadan 1 menawarkan satu piza Asiana (saiz sederhana), satu Sajian Asiana, dua gelas minuman Zesty Selasih kesemuanya pada harga RM39.90 (jimat RM15.20). 

Citarasa Ramadan 2 menampilkan satu piza Asiana (saiz besar), satu Sajian Asiana; roti bawang putih dan satu jag minuman Zesty Selasih pada harga yang berpatutan iaitu RM59.90 (jimat RM14.60).



Harga tawaran ini sah untuk semua cawangan Pizza Hut di seluruh Semenanjung Malaysia kecuali di Pizza Hut KLCC.
 
Sempena Ramadan juga, Pizza Hut menawarkan diskaun khas sebanyak 40%  untuk hidangan ala’carte dan set makan promosi Citarasa Ramadan selepas pukul 9 malam. 

Ini memberikan keistimewaan bagi mereka yang ingin menikmati juadah berbuka yang lebih berat setelah menunaikan solat Tarawih. 
 
Pada masa yang sama, sempena dengan kempen World Hunger Relief 2014, dan kepada yang prihatin, setiap set Citarasa Ramadan yang dibeli mampu membantu kanak-kanak yang memerlukan. 

Bagi setiap pembelian set ini, sebanyak 50 sen akan disumbangkan kepada Program Makanan Dunia United Nations (World Food Program).
 
Promosi Pizza Hut Citarasa Ramadan kini boleh didapati di semua restoran Pizza Hut di negara ini untuk makan di restoran, khidmat penghantaran, dan bawa pulang hingga 7 Ogos ini.


Pizza Hut, Citarasa Ramadan

Artikel Sebelum

Daging BBQ

Artikel Berikut

Bubur Daging

Artikel Lain