suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sotong Masak Cendawan

MASAKAN yang menggabungkan cendawan dengan hasil laut selalunya lazat dimakan. Kali ini, sotong dimasak dengan cendawan tiram yang dibeli segar dari ladang.


Sotong Masak Cendawan
 

Bahan:

1 kg sotong (dibersihkan dibuang kepala dan dibelah memanjang di tengah2) 

1 mangkuk cendawan tiram (dihiris) 

1 biji lada benggala (dipotong dadu) 

1 biji bawang besar (dipotong dadu) 

3 ulas bawang putih (dicincang) 1 mangkuk stok ayam 

2 sudu tepung jagung (dicairkan dengan sedikit air masak) 

sedikit lada hitam 

sedikit garam


Cara:

Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar serta bawang putih hingga naik bau. Masukkan sotong dan cendawan lalu biarkan masak dengan api sederhana. Apabila mula masak, masukkan stok ayam dan tepung jagung. Biarkan kuah memekat seketika. Perlahankan api dan masukkan lada benggala dan biarkan masak. Akhir sekali masukkan sedikit garam dan lada hitam secukup rasa.


Sotong Masak Cendawan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kailan Ikan Masin

Artikel Lain