suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ikan Goreng Kerabu Mangga

Ikan Goreng Kerabu Mangga
KUNJUNGAN ke restoran selalunya memilih hidangan ikan yang digoreng dan dimasak tiga rasa, pedas atau dikukus. Bagaimanapun ketika dirumah pula, menu ikan juga boleh dipelbagaikan jika mahu.

Ikan Goreng Kerabu Mangga 

Bahan A:

1 ekor ikan kerapu/siakap

1 biji telur1/2 sudu makan gula

1/2 sudu makan serbuk perasa

1/2 sudu makan garam

1/2 sudu makan lada sulah


Bahan B:

1 cawan tepung jagung

Bahan C:
1/2 cawan sos plum

2 sudu makan sos ikan

1 sudu makan air limau nipis

Gula dan perasa secukup rasa

Bahan D: (dimayang)
1 biji mangga muda

1 biji cili merah

500 gm lobak merah

1 biji bawang besar

500 gm daun ketumbar

Cara:
Gaulkan ikan dengan bahan A hingga sebati. Kemudian lumur dengan bahan B hingga rata. Selepas itu goreng ikan hingga masak. Satukan bahan C dan D dalam mangkuk. Gaul hingga sebati. Masukkan ikan yang digoreng dalam pinggan dna taburkan bahan C dan D yang digaul atas ikan. Sedia dihidangkan.


Ikan Goreng Kerabu Mangga

Artikel Sebelum

Bubur Barli & Jagung

Artikel Berikut

Artikel Lain