suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sambal Hitam Ikan Bilis

SELAIN dijadikan perisa dalam makanan, belimbing hitam boleh dibuat sambal dan enak dimakan bersama nasi putih, nasi pulut, lempeng dan seumpamanya.

Kalau sudah belimbing hitam yang digunakan semestinya sambal yang dihasilkan 'berwajah' hitam tapi keenakan rasanya menjadi sebutan.

'Sambal hitam' cukup unik dan hanya boleh ditemui di sekitar Jerantut, Kuala Lipis dan Raub. 

Jadi, apa kata cuba resipi ini sebagai hidangan pembuka selera untuk berbuka puasa.


Bahan-bahan:

200 gm ikan bilis – ditumbuk

2 biji bawang besar – ditumbuk

15 tangkai cili padi – ditumbuk

3 biji belimbing buluh – direbus dan ditumbuk

2 sm kunyit – ditumbuk

10 ml minyak masak

Garam secukup rasa


Cara menyediakan:

Mula-mula, panaskan minyak di dalam kuali.

Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk.

Bubuh garam secukup rasa.

Kacau bahan-bahan ini sehingga garing dan bertukar ke warna agak kehitaman.

Angkat dan boleh dihidangkan.
Sambal hitam ikan bilis

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Puding Jagung

Artikel Lain