suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kuih Keria Keledek

KUIH keria adalah makanan tradisi Melayu. Biasanya, kuih ini  dihidangkan semasa minum petang. 

Memandangkan sekarang bulan puasa, apa kata sediakan kuih ini untuk menu berbuka puasa anda.

Ia enak dimakan bersama dengan teh O panas selepas selesai menikmati hidangan berat.

Bahan-bahan:

300 gm keledek 

1 1/3 cawan tepung gandum 

1 sudu garam

air 


Bahan sira gula:

2 sudu besar gula pasir

3 sudu besar air


Cara-cara:

Potong kasar sikit keledek tadi dan rebus hingga lembut. 

Masukkan sedikit garam semasa merebus. Toskan.

Lecek keledek dan masukkan tepung. 

Uli tepung hingga jadi doh dan bentukkan bulat dengan lubang ditengah.

Panaskan minyak dalam kuali dan goreng dengan api sederhana, balik-balikkan selalu. 

Bila kekuningan angkat dan toskan minyak.

Untuk sira gula - Masukkan air dan gula dalam kuali dan masak hingga gula naik berbuih-buih jernih dan kering sikit. 

Masukkan kesemua kuih keria tadi dan gaul bersalut rata dan melekat. Angkat dan hidangkan.

kuih keria keledek

Artikel Berikut

Epal Goreng

Artikel Lain