suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gulai Ikan Keli Salai Belimbing

Gulai Ikan Keli Salai Belimbing
IKAN keli biasanya digoreng dan ia sudah cukup menyelerakan walau dimasak seringkas itu. 


Bagi yang ingin menyediakan hidangan yang lebih menarik, boleh juga disalai keli itu dan digulai bersama belimbing buluh.

Gulai Ikan Keli Salai Belimbing


Bahan:
1 kg ikan keli - disalai
10 biji belimbing buluh
20 biji cili padi
4 biji bawang merah
2 sm kunyit basah
2 keping asam gelugor 
2 batang serai - dititik
750 ml santan
garam dan gula secukupnya

Cara:
Masukkan ikan, bahan dikisar dan santan ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih sambil mengacau supaya minyak tidak pecah. Kemudian masukkan belimbing, asam gelugor dan garam. Kacau seketika dan boleh diangkat.

Artikel Sebelum

Kuih Talam Ubi Kayu

Artikel Berikut

Artikel Lain