suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ikan Pari Panggang Asam

Ikan Pari Panggang Asam. Gambar Hiasan
MEMBUKA selera dengan ikan panggang dan air asam sesuatu yang menjilat jari. Memanggang ikan pari misalnya memang digemari ramai kerana rasanya yang enak, ditambah pula dengan air asam yang menyelerakan.

Iftar beramai-ramai dengan sanak keluarga atau rakan taulan pasti lebih meriah dengan masakan ikan pari panggang dan dicicah air asam.

Bahan:

200 gram ikan pari

1 labu bawang besar dimayang dadu

20 cili padu dimayang halus

4 sudu makan asam jawa

2 sudu makan belacan bakar

garam dan serbuk perasa secukupnya


Cara:

Ikan pari dibersihkan kemudian dipanggang hingga masak. Angkat dan ketepikan. Asam jawa dan belacan diramas dengan satu cawan air masak sejuk kemudian ditapis dan campurkan dengan bawang besar serta cili padi. 

Masukkan garam serta serbuk perasa secukupnya. Setelah itu bolehlah dihidangkan sebagai pencicah ikan pari bakar.

Untuk mengelakkan ikan pari menjadi cepat keras apabila sejuk, cuba renjiskan campuran sedikit air dan minyak masak ke atas ikan pari ketika sedang memanggangnya.


ikan pari panggang asam

Artikel Sebelum

Udang Sos Brokoli

Artikel Berikut

Artikel Lain