Korea Utara Setuju Gantung Program Nuklear - Dunia | mStar

Korea Utara Setuju Gantung Program Nuklear

WASHINGTON: Korea Utara telah bersetuju untuk menggantung program pengayaan uranium, selain ujian peluru berpandu jarak jauh dan nuklear, selepas perbincangan dengan Amerika Syarikat (AS).

Menurut Jabatan Negara AS, Pyongyang juga bersetuju membenarkan pemeriksa PBB untuk memantau reaktornya di Yongbyon untuk mengesahkan pematuhan ketetapan.

Sebagai balasan, AS sedang memuktamadkan proses penghantaran 240,000 tan makanan kepada Korea Utara.

Perkembangan ini muncul dua bulan selepas Kim Jong-un menerajui kepimpinan Korea Utara berikutan kematian bapanya, Kim Jong-il.

Laporan media asing berkata, langkah itu akan membuka laluan kepada penyambungan perundingan enam pihak dengan Pyongyang, yang terbantut sejak 2009.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain

Minamino jadi buruan Liverpool